Friday, December 25, 2009

warkah buat hawa~

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…


Wednesday, December 16, 2009

sesuatu yg pasti~

Br je tulis wall post ttg seorg engineer yg meninggal slps 4 jam bernikah kt fb…pg soknya dikejutkan pula ngan pemergian slh seorg kwn skola dlu…sgt tekejut..br je lg add fb dia….tp ternyata Allah lbh sygkan dia…bl teringatkan arwah, arwah mmg seorg yg epi go lucky sgt lawak….msih ingt lg waktu prep mlm kt 5 rushd arwah tercari2 ubt skit perut…disebutnya ‘ chiketeon ‘ dlm loghat jawa.. klaka bunyinye… hee..ingtkan bl add mebe2 kt fb dpt berhubung blk ngan sume kwn2 lm dgn hrpan one day dpt reunite smula…tp xsgka arwah dh pergi dulu…wpun xrpt ngan arwah dn mungkin dh xingt kot tp xtaw nape rse sebak je bl dpt taw arwah dh xde….wat yg bc post ni hrp dpt sedekahkan al-fatihah wat sahabat sy, norman bin masdar…

**********************************************************

Bl bercakap ttg kematian ia adalah sesuatu yg pasti dan dan suda tertulis dlm perjalanan setiap makhluk yg bernyawa….cm yg menakutkan semua, ia teramatla rahsia...bl,bgmana semuanya hanya DIA yg tahu…Cuma persoalannya, dlm menghadapi sesutau yg teramat rahsia ini adakah kt suda bersedia utk bertemu ngan DIA…adkh cukup amalan kita utk membantu kt berhujah dlm mahkamah ALLAH kelak??andai esok suda tiada lagi buat kita, adakah amalan semalam dpt menyelamatkan kte???

Sgt ssh utk berkata2…dosa2 yg xdpt terhitung pasti ada balasannya….dan setiap balasan itu diadakan dalam neraka ALLAH dn tiada siapa yg tahu bgmana keadaan disana …bayangkan 1 hari dineraka seumpama beribu2 tahun lamanya didunia….dan bahangnya api neraka adalah beribu2 kali bahangnya api didunia….masyaALLAH…~

Byk peringatan telah ALLAH berikan pada manusia…tetapi manusia stsa dgn fitrahnya…stsa leka dan alpa…wat mrka khdpn dunia lbh bererti dr khdpn akhirah….keseronokan dunia tlh mengaburi mata dan hati manusia…wpun yg masih alpa itu kbyknnya adalah org2 islam.….

*********************************************************

Namun disebalik kesembongan manusia, ALLAH masih mengasihi hamba2nya..yg mana bila seseorg itu sudah kembali bertemu denganNYA, 3 perkara yg akan dpt membantunya di akhirat kelak selain dr amal ibadahnya 1) ilmu yang bermanfaat 2) sedekah yang jariah 3) doa dr anak yg soleh…..subhanallah~maha suci ALLAH…hnya padaNYA kte kembali….

p/s : andai esok sudah tiada untukku..ku susun 10 jari memohon ribuan kemaafan…halalkan pe yg terlebih….padamkan apa yg terguris..ikhlas dr hati insan yg stsa memerlukan bimbingan dan stsa melakukan kesilapan….wallahu’alam

Saturday, November 28, 2009

intipati khutbah aidiladha

assalamualaikum...
entry kali ini adalah berkisar tentang khutbah aidiladha yg disampaikan slps bersembahyang sunat aidiladha semalam...saje ingin berkongsi ngan kawan2 dan anggaplah ia sbgai satu peringatan wat kt semua...apatah lagi kpda dri sndri...

disebalik kisah nabi ibrahim dan anaknya ismail...korban dalam erti kata sebenar adalah sesuatu perkara atau benda yg kita paling sayang, kita korbankan semata2 kerana Allah dan kerana agama Islam...antara caranya ialah dengan bertaqwa kepada Allah..apabila kita ada rasa cinta kepadaNya, maka kita rela berkorban apa sahaja..berbuat apa yg disuruh dan meninggalkan segala laranganNya....

kta slalu shja memikirkan kesenangan dunia..tanpa melihat bgmana kehidupan kt diakhirat sana...kita slalu inginkan kereta2 yg besar yang mahal tanpa memikirkan apakah kenderaan yg akan membawa kita semasa melalui titian siratal-mustaqim....
kita slalu inginkan istri2 yg cantik2 utk menemani kita didunia tp kita tidak memikirkan siapa yg akan menemani kita diakhirat sana...kita juga slalu ingnkan rumah yg besar2 tanpa memikirkan bgmana keadaan kita semasa berada di dalam kubur...
astaghfirullah....

betapa lekanya kita dengan dunia yg hanya persinggahan yg sementara...tanpa memikirkan bgmana keadaan kita diakhirat sana....

wallahu'alam.....

p/s : hanya sekadar renungan kita bersama...penulis bukanlah seorng yg amat alim atau sengaja ingin menunjuk2 yg dri ini alim...cuma, bila jari jemari ini ringan utk menari2 di keyboard laptop ni ditambah pula dengan perasaan kcewa terhadap apa yg berlaku hari ini..maka terhasillah entry ini.....hee..peace~ wslm

Wednesday, November 25, 2009

salam aidiladha~

salam aidiladha wat semua..
walaupun aidiladha xsemeriah aidilfitri,
namun kehadirannya membawa seribu satu erti tentang pengorbanan..

semoga kita sama2 mengahayati erti pengorbanan sebenar dalam Islam...

p/s:sesungguhnya...Ibadatku,hidupku dan matiku lillahi Rabbilalamin,.

Tuesday, November 17, 2009

khas wat adikku tercayang....

entry kali ini ditujukan khas wat my lil sis yg kini sedang bertarung menghadapi sijil pernikahan malaysia.....haha...

eh clap..mn bley dye kawen dulu...actually my lil sis today going to hv SPM...Sijil Pelajaran Malaysia....

wat Nurul Asma Salsabila binti Mohamad Alias....chayok2...bitaufiq wan najah....akak mu di cni stsa mendoakan apa yg terbaik untuk dirimu...i know its really hard 4 u but i believe dat u can do it...eventhough u did not read this post...but believe me, i alwayz pray 4 ur achievement....dont b afraid coz Allah will alwayz b wif u....

i do really miz u n luv u a lot......isk T_T....sodey plak eden...huhu

**ingt zaman SPM dolu2....sy dak yg suka maen2....huhu.....

Melly Goeslaw – Haramkah

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Saturday, October 17, 2009

Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh.

Cerita ini dibuat hanya Sekedar Renungan dan bermuhasabah diri, Insya Allah dapat bermanfaat.

Hari ini, di sebuah bus, aku melihat seorang remaja tampan dengan rambut sedikit ikal. Aku iri melihatnya. Dia tampak begitu ceria, dan aku sangat ingin memiliki gairah hidup yang sama. Tiba-tiba dia terhuyung-huyung berjalan. Dia mempunyai satu kaki saja, dan memakai tongkat kayu. Namun ketika dia lewat .... ia tersenyum. Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku punya dua kaki. Dunia ini milikku.

Aku berhenti untuk membeli sedikit kue. Anak laki-laki penjualnya begitu mempesona. Aku berbicara padanya. Dia tampak begitu gembira. Seandainya aku terlambat sampai di kantor, tidaklah apa-apa. Ketika aku pergi, dia berkata, 'Terima kasih. Engkau sudah begitu baik.
Menyenangkan berbicara dengan orang sepertimu. Lihatlah, aku buta.' Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku punya dua mata. Dunia ini milikku.

Lalu, sementara berjalan. Aku melihat seorang anak mirip bule dengan bola mata biru. Dia berdiri dan melihat teman-temannya bermain sepak bola. Dia tidak tahu apa yang bisa dilakukannya. Aku berhenti sejenak, lalu berkata, 'Mengapa engkau tidak bermain dengan yang lain, Nak ?' Dia memandang ke depan tanpa bersuara, lalu aku tahu dia tidak bisa mendengar. Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku punya dua telinga. Dunia ini milikku.

Dengan dua kaki untuk membawaku ke mana aku mau. Dengan dua mata untuk memandang mentari dan bukit-bukit. Dengan dua telinga untuk mendengar desir angin dan segala bunyi.
Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh.

Saturday, October 10, 2009

i really have fun...hee~

assalamualaikum sumer...hee =)

just want 2 share wif u guyz a few of hot stuffs....


Paintball :-


-cbuk plak mamat 3 org neyh~huhu


~serang..hiyahh~


paintball....peh, dasat...utk org yg xpenah maen, try la maen..bes abes..kind of mini war 2 get the flag...haha...actually, saya xmaem pom...huhu...sb xckp mebe dlm group...lgpn adeke kene lwn ngan dak laki...sah2 la kalah...haha...tp mmg jatuh hati kt game ni...semangat berpasukan, strategi sume kene ade...mmg fun la..harap one day dapat maen...sper yg sudi tolong2la ajak sy..huhu..ayat pasrah...



konsert nasyid


~saujana : dari kiri adi,pian,azalinor,wan najran~


~korg mmg happening habes..hehe~

malamnye plak g tgk konsert nasyid...antara artisnye aiman,saujana ngan hafiz hamidon..suke dgr lagu aiman : cinta terakhir...sujana plak happening habes mlm td...xkering gusi dibuatnya...going to c u guyz again this coming tuesday...hik3....


assaignment



~tanteknyee tulisan..haha~

yang paling penting assaigment jgn dilupa..hahaha...musti dihabiskan...ngee =)


*epi2 day....hik3







akhirnye...~

assalamualaikum....

rasenyer mmg dh lama x update blog neyh...
yg menjadi hairannye jumlah pengunjung makin bertambah plak...
trime kaseh sumer..
entry kali ni hadiah buat anda...hahaha

2,3 ari lepas aku dikhabarkan dgn brite gumbira..hehe
k.anis yg tlh selamat melahirkan anak sulungnye...baby boy plak tuh...mesti comey...
k.nad yg kelihatan cantek ngan baju tunangnya...
k.faridah yg menghitung hari utk melangsungkan perkahwinannya...hehe
mereka sedang melalui hari2 bhgia mereka..
pe lg yg dpt membahagiakan seorg wanita selain dr melalui hari2 bahagia mereka...

as for me...
aku berharap satu ari nanti aku sempat utk melalui saat2 itu..
aku juga ingin meraikan hari2 bahagiaku...
bersama org yg aku syg...
tiada ape yg lbh manis dr menjadi seorg isteri dan seorg ibu...
kerana itu adlah jihad bg seorg wanita..
jihad seorg isteri adlh utk suaminya..
dan jihad sorg ibu ktka melahirkan anaknya..

subhanallah..
telah ALLAH ciptakan wanita itu ckp indah...
dan aku bersyukur..krna aku adlh wanita..
semoga aku dapat menjaga diriku utk menjadi apa yg terbaik utk ku...




~dunia adalah perhiasan dan sebaik perhiasan adalah wanita solehah~ =)


untuk dirinya....
diri ini mugkin penuh dgn kekurangan...
tidak mempunyai rupa..
tidak pandai bergaya..

namun diri ini hanya ada satu...
satu hati yang tulus dan ikhlas menyayangi dirimu~
dan ku tahu..segala2nya adalah ketentuanNYA...

Monday, June 8, 2009

terpaku ngan artikel ni...amek dr iluvislam.com

TintaBuatBakalSuamiku
www.iluvislam.com
dihantar oleh : akhlak_jelita*
editor:IskethaykaL



@}---~~~---{@






Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;



“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.



Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?



Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?



Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.



Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?



Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.








Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.









Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.


Dariku,

Bakal isterimu

Wednesday, June 3, 2009

Realiti masa kini…


Mari kt tgk reality masa kini….

1) Artis lbh diangkat berbanding ngan guru agama,imam2 masjid, bilal….kt tgk dr segi bayaran..klo ustz aja ngaji 30 sebulan..tp klo artis RM 3000 (mgkn ade yg lbh dr tu) tuk 1 performance je??


2) Anak2 diantar ke skola vocal,klas “how to play music instruments” yg fee dye beratus2 sebulan…bpe rme anak2 yg di anta ke skola tahfiz, tarannum, ngaji, tajwid yg yurannye bpe rgt je sbln…..??


3) Rancgan reality tuk jd penyanyi,pelakon bersusun-susun…ikut schedule je bl nk ditayangkan… smpai jadi lambakan penyanyi2 yg xdela berkualiti sgt….tp rncgn tuk jadi Qari 1 je…Akademi Quran…tu pun cm dh syp je?? Skrg ni gadis melayu lak??mari kt tgk gadis melayu lak..nk ciri2 yg pndai nyanyi pndai menari….mn gadis melayu yg pndai baca Quran??


4) Klo yg g tgk konsert berduyun2 smpai sesak jln….tp yg g dgr crmh??g msjd??


5) Org2 alim dikatakan ekstrimis…anti kerajaan…tp org2 yg jahil diangkat2 dan diagungkan…hurm~


Akibatnye…

1) Generasi muda skrg ni kbyknnye semakin hilang nilai2 agme…bl nyanyi suara merdu..bl ngaji???urm, tnye diri sndiri…bab2 hafal lagu,,khatam…tp suruh hafal Quran?? Al-Fatihah pon xlps…


2) Bl agma dh kurg..adab pon maken hilang…2

yg semakin rme yg kurg beradab…


3) Rme yg semakin mementingkan duniawi….



Peringatan…

1) Allah SWT byk kali berfirman dalam ayat2nya…dunia ini hanyalah persinggahan semata2…pe yg kekal adlh diakhirat sn…cth dlm surah Ghafir ayat 39 “wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itu adalah negeri yang kekal”…..dan byk lagi…


2) Mmg xdpt dinafikan, entertainment is one of human need

s nowadays…but, there must be some limitation…kne agak2 la jgk…


3) Ingt2 la sblm terlambat….Dgn membaca Quran, ia akan jauhkan kt dr azab kubur, hati jadi makin tng..malah..org2 yg menghafal Quran..api neraka pon xnk sentuh dye…sb dlm dirinye dh tersemat ayat2 ALLAH…tp org yg hafal lagu??urm….


4) Setiap pe yg kt lakukan pasti ada balasannya….


Maaf andai ade yg trse……skdr peringtan utk kt bersama….

Sunday, May 24, 2009

aku trime nikahnye..

pg ni bgn pg aku dikejutkan ngan sore along...yg besnyee along masak nasi goreng..peh seddap..tanx along...p tu bkn topik yg aku nk discuss ri ni...pg td pun rncngn nasi lemak kopi o jd tontonan..sb ri ni istri ustz akil hayy dtg wat pengakuan ttg tuntutan cerainye di mhakamah syariah...

hurm~kdg2 aku terpikir..adkh penceraian adlh jln penyelesaian yg terakhir??taw x perkara halal yang paling dibenci ALLAH adlh penceraian??klo ALLAH dh benci nape kte msh wat...

ade seorg hakim yg ditemubual ckp kes penceraian ni tngi disebabkn llki mula bermain kayu 3..aku bkn slhkn kaum llki sb klo xdenye prmpn yg menggoda diorg pun xkn main kayu tiga..kn...

aku kgum ngan wanita yg stsa tabah ngan dugaan hidup..tambah2 lg yg bergelar istri..dan yg dipoligami...segle perangai suami dtrme pe adenye...walau mcm mn pun suami wat kt dye, dye redha..dgn hrpm syurga ALLAH menjadi miliknya...mmg kaum wanita terkenal ngan air mata, nmun kesabaran dan ketabahan wanita tak dapt dtandgi oleh kaum llki...

aku jge wanita...dan aku xtahu pe yg akn terjd pd ms akn dtg...mmg aku xmerse lg camne pahitnye khdpn alam rumah tangga..tp aku minta dijauhkan dr sebarang dugaan yg xmmpu tertanggung oleh ku...

pe yg pntg...org llki tgjwb mrka bsr...dan diakhirat kelak mereka akan ditnye ttg tgjwb mereka...mereka ade hak berpoligami...tp, terbatas ngan kemampuan mrka...adil..klo mrka xmmpu dan xadil...maka poligami dilarang pd mrka...tp mrka xfhm...xpe, bia mrka berurusan dgn ALLAH kelak...

sb itu rasullulah dh berpesan pd kte...dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : kecantikan, kekayaan, keturunan dan agamenye...pilihalah agamenye nescaya kamu tidak akn menyesal.."
tp kt masih xfaham2 kn??agame yg mendidik kesabaran seseorg, agame jge yg menguatkan semangt seseorg dan agme jge yg mendidik seseorg...bkn kecantikan,bkn kekayaan dan bukan keturunan....

cm..ingtlah blk saat2 kata2 ini diiucapkan...."aku trime nikahnye"

hanya sekadar pndpt~
wallahua'lam

Monday, May 18, 2009

short sem ku...

lbey kurg camni la jadualnye...huhu

isnin : kls mooting 9 - 11 pg n 2.30-4.30ptg....mlm cr kes...

slsa : kls UNGS 8 - 10.50 , kls tilawah 11 - 12pg...ptg g libry discussion + cr kes

rbu : wat asaimen UNGS + g libry cr kes (patutnye cuti)

kms : kls UNGS 8 - 10.50pg, kls tilawah 11- 12pg...ptg g libry discussion + last preparation tuk submission

jumaat : kls mooting 9 - 11 pg n 2.30-4.30 ptg...mlm br leh tDo ngan lena jap...

sabtu : bgn lmbt sket...haha...pnt sih...bukak bku blk...

ahad : buku...baca kes...

aaaaa....nk nyanyi lagu...lalala hari2 keja..lalala..bohsan dgn keja..haha...(xdpt tru sore taja...note xsmpai...huhu)

risaunyee mooting.....aaaa....

nsb baek ade joni....hehe..my new fwen......lalalala....





joni~hehe

Saturday, May 16, 2009

riNdu~

ya Allah yang Maha Pemgasih lg Maha Penyayang...
berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMU ni...
aku hambaMu yg sgt lemah...
dan kadangkala, aku xtermampu menghadapiNYA...

Ya Allah...aku terlalu merinduinya....hurm~

Sunday, May 10, 2009

my diploma certificates without convocation??

huhu....dh dh dpt dh sijil diploma...
unfortunately.........bl konvo???jeles tgk kwn2 dh konvo....huhu
nk rse jgk..huhu





nurul cayang ummi...anti habibati...

Sempena ari ibu ni…ayah n da geng nk wat sdkt makan2 kt umah..hee..tp wat awl sket ms ari sabtu (smlm) sb soknye dh kne blk kampus…huhu..nk celebrate mother’s day tuk 3 ibu.. opah, umi ngan mak uda..unfortunately arwah mak yang dah xde..klo x mesti lg meriah..

Nk jadikan crta b4 mkn2 tu ktorg klm kabut nk cari adiah tuk opah…umi smgt tol nk cr kain tuk opah..ktorg pun cyap2 la nk g bli kain…ttbe ayh dtg bisik, bli kain tuk umi skali..jgn lupe…hehe..syg nye ayh kt umi…huhu..

Kt kdai kain lak..byk toi kain yg cantik..trse nk bli gak…almaklumla rye kn nk dkt…(dh pk rye dh…haha)..along la…kte rye thn ni tema wane biru laut??jeng2….huhu..niway ktorg bersandiwara la depan umi..tnye umi kain mn yg cntik…umi pun tanpa syak wasangka umi ckp “klo umi, umi suka yg tu” B.I.N.G.O hahaha…dh taw umi sk yg mn…

Sampai je umah..opah ngan pak uda dh smpai..rsenye dh lm x berkumpul rme2 mcm ni…hehe..pak uda bw kek….tp xde mood nk mkn…lyn bihun ayh msk…peh!!!sedap…3x tambah…hehe…










Tb la saat bk hadiah…b4 umi bukak hadiah…umi ckp..hopefully dpt la pe yg umi inginkn….ktorg sume dh gelak dh..hehe…bl umi bukak hadiah tu..umi sym smpai ke telinga…epi sgt ngan adiah tu.. hehe..sukenyee tgk umi epi…hlg sume mslh….CAYANG umi….mmmuaaahxx!!










To my ummiku cayang…..

pn Aziah shah baki,

9bulan berada dlm perutmu..byk kerenah dan masalah yg terjadi disebabkan nurul dan slama 20 thn ni terlalu byk pengorbanan umi kt nurul..umi slalu tabah dan sabar utk menghadapinya…insyaALLAH bila tiba masanya nurul akan balas jasa umi…nurul janji , nurul akan jadi anak yang solehah uk umi..nurul akan bahagiakan umi…trima kasih umi…barakallahufik…amin..

I’m so glad having u as my ummi…

U r the one in my heart and no one can replace u…

Is not how the world would think about u…

But it is me, nurul..As your daughter would like to confess that

U r the greatest UMMI in the world…loves u!!

Anti habibati…uhibbuki ya ummi..uhibbuki!!!hehehe…

Wednesday, April 29, 2009

meNGenangMu~

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …

Tuesday, April 28, 2009

Alhamdulillah....

syukur ku panjatkan kehadrat ilahi....

ari ni rsult kuar...spt bese prsn aku cam rlek je...xkesah..mgkin aku jenis org yg redha atas pe yg tlh aku usahakan...but rsult kali ni mmg aku terkejut sgt....pe yg aku sangkakan xmenjadi kenyataan malah berlebihan pula...alhamdulillah...syukur sangat...terima kasih ya ALLAH....terima kasih atas segala nikmatMU padaku...

ms exam ri tu aku rse cam truk sangat...ngan malas yangt teramat sngat hanya tuhan je yg tahu...ngan sok nye paper aku leh habiskan 1 siri drma jepun...ish3...xtaw nk ckp...ngan rumate ku yang agak kurang ajar dan xde manners...terjerit2..pasang lagu kuat2...ketawa mengalahkan belinda dalam cite emil emilda....(ketawa tahap melampau)...tensen sgt ms tuh...dan aku serahkan sumenye pada ILAHI....dan akhirnya aku bersyukur sangat...aku terlalu gembira...nikmatNYA padaku cukup besar..masyaALLAH..segala puji2an hanya aku serahkan padaMU....syukur sangat...

dan terima kasih gak lat sumone yg bg support ms exam ri tuh..mekasih...mekasih sangat sb bg support kt tqah...mmg support tu membantu menaikkan semngat tqah....insyaALLAH tqah akan doakan tuk *** gak....

~niway...as a conclusion....jg hubungan kita dengan ALLAH...insyaALLAH DIA akan menjaga kita dengan baik....AMIN~

Monday, April 27, 2009

bila RasaKu iNi raSaMu~

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi
Aku memang terlanjur mencintaimu.......

Sunday, April 26, 2009

ceritaku~

seketika aku melihat janggutnye yg semakin keputihan...dahi yg berkerut...menandakan pengalamanye lebih byk berbanding denganku dalam hidup ni...perlahan-lahan dye mengutarakan kata2nya..." ayah nk kamu blaja rajin2 jadi pandai...jadi seorang peguam...dlm hidup ni org yg ade harta dan kuasa je yg blh bantu org yg susah..yang boleh bantu org2 islam..." terpaku aku dengan kata2 ayah...mmg btul kata ayah...teringat aku akan satu kisah dr ayah..ade sorg kawan ayh, nk cari seorang peguam..dikenakan bayaran sebanyak puluhan ribu semata2 nk bukak kes..padahal kawan ayah tu hanyalah seorang ustaz yang bergaji kecil...dan peguam tu pun adalah org melayu dan org islam...last2 ustaz tu cr peguam len berbangse cine..upahnye hanyalah brape ribu je itupun hanyalah untuk perbelanjaan dan bakinya dipulangkan pada ustaz tu...geram jgk aku..dlm profession ni ade jgk org yang mementingkan material...katanya mengikut standard profesional diorg..huh..professional la sgt...mungkin aku masih mentah untuk menilai sume ni..tp aku rse kalo xde spe yg nk bantu org susah siapa yg nk bela mereka yang teraniya....
selpas mendengar cite ayah..aku mmg berazam untuk menjadi seorang peguam...aku nk bela org2 yg ssh..aku nk bantu diorg..wpun ssh..aku berjanji aku akan cuba sehabis upaya aku demi cita2ku ini...insyaALLAH.....

Saturday, March 21, 2009

suami daan isteri......hee

Entry kali ni spesel sket…hehe…idea neyh dpt ms dlm kls Islamic legal system…nk dijadikan alkisahnye bl dr zaid membuka cerita tentang kelebihan yang ALLAH berikan pada kaum lelaki..
Ada 2 jihad yang ALLAH berikan pada lelaki yang tidak boleh dilakukan oleh kaum wanita:
1- Pergi berperang
2- Muazin (org yg melaungkan azan)


Maka disebabkan dengan itu datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w dan bertanya…apakah tidak ada jihad untuk wanita? Rasulullah s.a.w. menjawab…jihad seorang wanita adalah setia kepada suaminya….indahnya Islam kn?


Chop2!! Doesn’t mean that suami leh wat pe saje taw kt isteri…Islam sangat memuliakan darjat seorang wanita…sepatutnya, selepas berkahwin suami harus menyediakan pembantu rumah kepada isterinya..dan segala kerje2 rumah bukan tgjwb seorg isteri…maka dengan itu, suami tidak boleh memarahi isterinya klo isteri xmasak o x wat keje umah…


Pe yg berlaku pada hari ini terbalik lak…isteri dimaki hamun sb xmenyiapkan keje umah..cian kt isteri tu kn…huhu…kt terpengaruh ngan adat….huhu…niway pd kaum pmpn jgn korg amek kesempatan lak dengan bnd neyh…sbgai seorg isteri kt diciptakan untuk menjadi tulang belakang suami kte…patutnye seorg isteri membantu meringankan beban suaminye…


Dlm surh an-nisa’ ayat 43…ALLAH telah menjelaskan bahawa lelaki adalh pemimpin kaum wanita..seorg lelaki mmg besar tgjwbnya…bayangkan apabila seorg lelaki telah berkahwin, dosa isterinya akan turut ditanggung olehnye….sedangkan dosa si suami tidak pula ditanggung oleh
isteri….nasihat pd org laki “pandai2lah cari isteri ek” kui3….


Itu je kot yg nk dishare dlu…isnin neyh ade test tort ngan kne present contract…wish me luck ek kwn2!
~~gambatee……jaa!!!!~~




Tuesday, March 17, 2009

LIVERPOOL 4 mng MANCHASTER UNITED 1

hahahahha....agaknya agak terlewat gak post entry pasal bnde ni...bkn pe...bz gak aa nk tls blog neyh....huhu...tp nk wat gak entry neyh......

hOOOyyEEEEEE!!!!!!!

kepada penyokong MU yg berlagak ngat......korg nk letak muka korg ktne ek? mlm b4 permainan berlangsung bkn men lg korg kutuk liverpool...haa...belagak sangat kn dh malu....tu aaa....moral jgn berlagak dah ek....wat malu sendiri jek.....


to liverpool.....congrates walapun nk jd juara mcm mustahil...sb nk kne mng sume perlawanan n kne tgk gak MU n CHELSEA pnye rsult...niway tabik aa kt korg sb dh pecahkn rekod tanpa kalah MU kt old trafford tuh....huahahahaha.......
owh abg gerrard n abg torres....kahkahkahkahkah.......