Thursday, July 22, 2010

isu nuklear : Iran bersendirian...

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum Wbt..

Mantan presiden George W Bush dalam sesi ke2 memegang jawatan Presiden AS dlm ucapannya berkata "kita perlulah mencari sumber2 lain selain drpda minyak utk membangunkan negara"... dan Iran telah menggunakan tenaga nuklear sbgai slah satu sumber alternatif utk pmbangunan..



Tapi dunia menyaksikan bgmana ketidakadilan barat dlm menangani isu ini pabila bekas ketua penasihat dasar luar negeri Kesatuan Eropah, Alastair Crooke berkata ketika Amerika Syarikat mencadangkan agar kawasan Timur Tengah sebagai kawasan yang bebas senjata nuklear .
Negara-negara Barat sebenarnya melarang Iran memiliki senjata tersebut dan telah mengecualikan Israel.Penemuan bukti oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat jelas membuktikan bahawa Israel bukan sahaja memiliki senjata nuklear malah sanggup menawarkan peledak nuklear kepada Afrika Selatan pada tahun 1975, walaupun hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan atas alasan tidak mencukupi biaya.

Lebih menampakkan sikap berat sebelah Amerika Syarikat pabila negara kuasa besar dunia itu sendiri tidak pernah mempersoalkan isu nuklear Israel yg tidak pernah menandatangani pengisytiharan bagi mengurangkan senjata nuklear di bawah Nuclear Non-Proliferation Treaty (pencegahan senjata nuklear (NPT)). Sedangkan Iran merupakan salah sebuah negara yg telah bersetuju utk membangunkan pogram nuklearnya bukan tujuan untuk membangunkan senjata nuklear dibawah Nuclear Non-Proliferation Treaty. Tetapi Amerika Syarikat terus memberi tekanan kepada Iran.

Kita melihat bagaimana sejarah bercerita tentang kebiadapan Israel dgn melanggar Artikel 2 para 4 of United Nation Charter (menggunakan kekerasan keatas negara lain) melalui peperangan dan kekasaran sehingga hari ini sedangkan Iran sebuah negara Islam yg menghormati prinsip2 Islam dimana Islam tidak mengajar umatnya untuk menggunakan kekerasan keatas negara lain...tetapi Amerika terus mencari jalan untuk memastikan Iran dibawa ke Majlis keselamatan bangsa2 bersatu...


Lebih menyedihkan pabila organisasi2 dunia yang hanya gah pada nama tidak mampu berbuat pape dan lebih parah pabila negara2 Islam sendiri menyokong tindakan2 barat bg menjatuhkan Iran... kita sudah lihat bagaimana Liga Arab sendiri gagal membantu Iran malah negara anggota OIC juga tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyakinkan dunia bahawa pembangunan nuklear Iran bukan untuk kegunaan senjata peluru berpandu..Sandaran terbaik Iran untuk meraih sokongan ialah daripada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) memandangkan pertubuhan ini menjaga kepentingan negara sedang membangun.

Tetapi apa yang telah berlaku pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 Februari 2006 lepas jelas menunjukkan kegagalan Liga Arab, OIC dan NAM menjaga kepentingan negara anggota. Apa yang menarik ialah bagaimana anggota Liga Arab, OIC dan NAM membuat keputusan mereka dalam undian IAEA. Seperti yang dijangkakan Syria, Venezuela dan Cuba adalah 3 negara yang menentang usul IAEA yang dibawa oleh AS. Ketiga-tiga negara ini adalah anggota NAM tetapi perlu diingat undi tidak setuju diberi bukan kerana Iran adalah anggota NAM tetapi kerana penggerak utama resolusi ini adalah AS, iaitu seteru utama ketiga-tiga negara tersebut. Manakala Algeria, Indonesia, Libya, Belarus dan Afrika Selatan pula mengambil sikap berkecuali yang mana kelima-lima negara ini juga anggota NAM. Sementara Algeria, Indonesia dan Libya selaian dari menganggotai NAM, juga ahli OIC.

Nampaknya kelapan-lapan negara yang tidak menyokong usul merujuk Iran ke Majlis Keselamatan adalah anggota NAM kesemuanya dan 4 daripadanya pula adalah negara OIC. Statistik yang mempamirkan kepentingan anggota NAM dan OIC telah dipelihara. Tetapi jika diteliti 27 negara lain yang menyokong usul IAEA maka kesimpulan sebaliknya pula akan dibuat. Sembilan anggota NAM dan dua dari OIC telah menyokong untuk mengheret Iran ke Majlis Keselamatan. Statistik yang tidak boleh dibanggakan oleh kedua-dua pertubuhan ini. Anggota OIC yang menyokong usul IAEA ialah Mesir dan Yemen sementara Singapura dan India pula adalah antara 9 negara NAM yang menyokong AS supaya kes Iran dibawa ke Majlis Keselamatan.

Melihat kpda hasil undian ini menyaksikan Iran bersendirian menghadapi isu nuklearnya..wpun Moscow dikatakan menyokong Iran namun Moscow bknlah negara Islam...sdgkan ngra Islam lain masih memnetingkan kepentingan diri dari menyokong saudara seagamanya...dan kini Israel sedang menghasut negara arab agar memusuhi Iran... Presiden Iran Dr Mahmoud Ahmadinejad ttp dgn pendiriannya dan mempertahankan negaranya wpun ditentang hebat kuasa2 besar dunia...


Mungkin Amerika mengharapkan bgmana peristiwa yg terjadi di Iraq dan Afganistan akan berulang semula di Iran..sebuah lagi negara Islam...dan hakikat yg sebenanrnya perang yg direncanakan oleh AS adalah kerana ingin memantapkan lagi sekutunya Israel...sedangkan Israel,India(bukan negara Islam) yg jg membangunkan nuklear tidak pernah diheret ke muka pengadilan..



dan umat Islam kini bukan seperti umat Islam yg dulu...


p/s : qu mengagumi Rasulullah SAW sbgai pemimpin yg sgt agung dan berhemah...qu juga mengagumi para sahabat dalam mempertahankan Islam...qu jg mengagumi sultan muhd al-fateh...qu mengagumi pemimpin2 Islam yg dulu yg sukar qu temui hari ini...qu merindui tertegaknya syiar Islam...krna qu sedih dgn umat Islam hari ini....




team bola sepak Iran antra yg terbaik

1 comment:

Ce'gu JAERA said...

aku mengagumi semangat Ahmadinejad berani lantang menentang kuasa-kuasa barat berbanding pemimpin2 Islam negara lain..
Sedih melihat negara2 Islam arab berpecah belah sehingga tergamak melihat saudara seagama kita dilanyak kuasa Barat