Monday, November 22, 2010

wahai gadis solehah...~

Wahai gadis solehah......


Dari jauh ku melihat gerak gerimu

Tunduk memandang bumi

Terselindung disebalik hijabmu

Wajah yang penuh nur

Yang sentiasa mengingati mati

Yang mencintai Allah dan Rasul

Yang takut azab Allah

Kau ibarat permata berharga

Digilap, dibalut dan disimpan rapi

Wahai gadis solehah

Jauh disudut hatiku

Aku bangga dengan imanmu

Taqwamamu, Akhlaqmu dan Amalanmu

Jua perjuanganmu menegakkan

Kesucian Syariat yang telah ditetapkan Allah

Wahai gadis solehah

Kau pertahankan hijabmu

Walaupun dunia memandang hina

Tetapi Allah melihatmu dengan penuh bangga

Akhlaqmu dipelihara, Maruahmu rapi dijaga

Tutur katamu melambangkan sifat keiibuan yang sejati

Pabila bertemu dengan bukan muhrimmu

Kau tunduk memandangmu

Mengingatkanku....

Akan serikandi2 Islam yang mahsyur.....




Saturday, September 25, 2010

antara pemimpin yg paling dibenci dunia

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualikum Wbt....kali ni laman nurani ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa fakta pemimpin2 dunia yg paling dibenci smsa mereka memegang tampuk kepimpinan....antaranya ialah

1) Pol-Pot (Cambodia)

dilahirkan di Wilayah Kompong Thrum pada 19 Mei 1925 dengan nama Salothi Sar. Beliau daripada keluarga yang berada dan menjadi Perdana Menteri Kemboja pada 1976 hingga 1978

Pol Pot mula berkuasa di Kemboja apabila ibu kotanya, Phnom Penh ditawan pada 1975.Pihak yang menunjukkan penentangan akan dibunuh secara kejam. Daripada lapan juta penduduknya pada 1975, dua juta daripadanya dibunuh. Kemunduran mencetuskan krisis kebuluran, namun mereka enggan menerima bantuan asing.


Pada 1978, Vietnam memasuki Kemboja dan menyebabkan Pol Pot melarikan diri ke Thailand. Beliau menghabiskan 20 tahun tinggal di kem dalam hutan di sempadan Thailand-Kemboja. Pada 15 April 1998, dia diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika. Pol Pot yang menghidap penyakit Hodgkins dan barah serta lumpuh, dilaporkan mati ketika tidur. Persoalannya ialah adakah beliau mati kerana penyakit atau membunuh diri.


Antara pendekatan yg dibawa oleh Pol-Pot adlah :

i) Pendekatan pertama ialah penghinaan jiwa dan maruah bangsa Cham. Lelaki bangsa Cham yang konon berdegil untuk terus bersongkok, berkopiah atau berserban akan dibunuh. Begitu juga orang perempuan yang ingin terus berselendang, bersanggul dan berpakaian labuh seperti baju kurung. Semua dipaksa berpakaian hitam. Bahasa Melayu-Champa diharamkan langsung.

ii) Pendekatan kedua ialah pengharaman amalan-amalan beragama. Sembahyang, berpuasa, membaca Al-Qur'an merupakan amalan–amalan yang ditegah. Masjid atau surau dirobohkan atau dijadikan stor makanan atau barang. Memakan daging bab* dijadikan petanda untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan seseorang Cham itu kepada perjuangan komunis. Dua kampung kecil orang Islam di Kahpol dan di Svey Kliang telah bangun melancarkan jihad. Mereka rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan komunis.

iii) Pendekatan ketiga ialah pemindahan-paksa. Masyarakat Cham dari sesuatu kampung dipecah-pecahkan dan dihantar ke tempat-tempat yang jauh di antara satu sama lain.

Antara kekejaman Pol-Pot ialah dengan merampas bayi2 dr ibu2 mereka kemudian membunuh bayi2 tersebut dengan cara menghayun bayi2 tersebut kedinding bilik...dan tahanan2 Pol-pot juga diseksa dengan begitu kejam sekali...salah satu syarat yg ditetapkan dlm penjara tersebut ialah siapa yg menjerit atau menangis ketika diseksa maka dia akan dibunuh....

Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam mati di antara tahun 1975-79 di Kemboja. Nisbah ini lebih tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975



2) Ariel Sharon(Israel)

Siapa yg xkenal dengan Ariel sharon ni yg banyak memainkan peranan dlm kesengsaraan rakyat palestin...Ariel Sharon ni ketika menjabat menteri Pertahanan mengirim bala tentera ke selatan Lebanon untuk membunuh umat Islam Palestina yang menjadi pelarian di Sabra dan Syitilla. Selama tiga hari berturut-turut mereka membunuh umat Islam, tidak peduli orang tua, wanita, ataupun kanak-kanak, dengan jumlah korban yang jauh lebih besar yaitu sekitar 17.000 orang.

Kekejaman Sharon sampai ketahap pembunuhan kejam terhadap Syeikh Ahmad pada 2004 yang sempat menggegerkan dunia. Sejak tahun 20-an umat Islam di Palestina telah berjuang menentang penjajahan Inggris dan Yahudi. Banyak yang telah mati Syahid karena mempertahankan bumi tercinta dan martabat agama yang ternodai.

Ariel Sharon juga pernah mngetuai unit 101 pada masa dahuly dimana Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.


atas ni adalh gambar ariel sharon ktka die ngah tenat...tp xtaw la klo ni gmbar editing ke ape ke..tp yang pastinya sudah tentu dia akan dapat balasan setimpal atas apa yg dia da lakukan...


3) Adolf hitler ( Jerman)


Dia ni merupakan seorang diktator Jerman yang popular dan memerintah dari tahun 1934 sehingga 1945. Seramai 14 juta (ada juga yang mengatakan 17 juta) orang telah dibunuh, termasuk 6 juta keturunan yahudi. Angka tersebut tidak termasuk yang mati akibat kelaparan dan penyakit. Mungkin sebab tulah dia ni dibenci dunia....Beliau telah dipenjarakan pada 1923 apabila cubaan untuk merampas kuasa di Bavaria menemui kegagalan. Beliau mendapat sokongan dengan mempromosikan Nasionalisma Jerman, anti semitik, anti kapitalis dan anti komunis melalui propaganda dan kelebihannya dalam berpidato.

Keruntuhan empayarnya bermula apabila kalah dalam perang Jerman-Russia pada Jun 1941. Ada teori mengatakan, Hitler meninggal dunia pada 30 April 1945 kerana membunuh diri.


Misai tu cam eksklusif tuk dia je plak kan....

Ok lah...stakat ni dlu nk share2 antara pemimpin yg tlh banyak melakukan kekejaman diera pemerintahannya...sebenarnye ade je lg...tngu sambungannya ya....


Wallahu'alam......

Friday, August 27, 2010

tahu v percaya

Bismillhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Wbt...

Salam Ramadhan Kareem =))Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk berada di fasa ke2 bulan Ramadhan...di fasa pengampunan...mudah2an dterima Allah akan taubat atas dosa2 silam...sama ada yg terzahir di hati atau yg tersembunyi dlm tidak menyedari...fuh...puitis lak...ehek ;p

k la..tazkirah Ramadhan dari surau Ruqayyah....beza antara kita tahu dan kita percaya...

point dye sebenarnye mcm ni...

situasi pe1: kita tahu Allah itu ada..tp kita percaya x??
situasi ke2: kita tahu Rasul itu ada..tp kita percaya x??
situasi ke3: kita tahu Kitab itu ada (quran)..tp kita percaya x??
situasi ke4: kita tahu Malaikat itu ada..tp kita percaya x??
situasi ke5: kita tahu tentang hari kiamat...tapi kta percaya x??
situasi ke6: kita tahu tentang qada dan qadar..tapi kita percaya ke x??

sebagai umat Islam yg yakin pada agamanya...kita mesti yakin percaya kpda semua situasi di atas barulah kita dikatakan org yg beriman...klo sekadar tahu tp tidak percaya maknanya ade sumting wrong ngan akidah korg...better check balik...masa kte ngah layan2,jalan2 kt fb nih kt terjumpe pic nih...pic nih adlh contoh bgmana seseorg itu tahu ttpi tidak percaya pada imannya...








terkejut dan sedey baca post diorg nih...asenye dr kcik diorg da diajar utk berpuasa tp bl da dwasa da pndai pk sendiri camni plak yg jadi...rosak akidah...dosa pahala xkira la kann...dlm kt sume umat Islam meraikan kedtgn Ramdhan kemuliaan Ramadhan dimana dlm bulan Ramadhan ni lah telah Allah sediakan ganjaran yg cukup hebat utk kita...tp dianggap oleh mereka2 diatas ni sbgai terpaksa.. Astaghfirullahalazim....sedar xmereka yg apa yg mereka miliki skrg ni sumenye adlh kurniaan Allah...klo lah ditarik balik baru mereka tau kot..mudah2an mrka diberi hidayah oleh Allah...

Alhamdulillah kt yg ada ni masih dberi nikmat Allah dengan Iman dan Islam...tp nikmat yg ade ni bukanlah kekal wat selama2nya...atas kita utk berhati2....mungkin ari ni da 22 thn,23thn,48 thn,65 thn kita merasa nikmat Islam tp spe tau 2,3 min sblm ajal kt mati dlm kufur..nauzubillahminzalik...

p/s : telah Allah sediakan 2 pilihan untuk kita, sama ada untuk ingkar atas suruhannya agar dicampakkan ke dlam api neraka atau mematuhi sgla perintahnya supaya diberi ganjaran syurga Allah...tepuk dada tnya iman..dan kesudahan yg baik adlah utk org yg bertaqwa...

wallahhua'lam...