Tuesday, January 24, 2012

MAVIS : disini cinta berputik

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualikum WBT...

Alahai..lamanya x menulis blog.. lama sgt kan..da mcm2 sawang da ada kt blog ni... huhu.. alhamdulillah sekarang ada kelapangan dan kesempatan untuk menulis.. ditambah lagi dengan pengalaman yg baru sahaja dirasa setelah pulang dari sabah, negeri bawah bayu..

*********************************************************************************

Seminggu di Sabah banyak mengajar erti hidup dan mengajar diri ini untuk menjadi lebih matang.. Pengalaman di Sabah juga mengajar bagaimana besarnya kuasa Allah dalam misi mentadabbur alam... kuasa penciptaanNya tentang alam.. langit yang tinggi tidak bertali, gunung kinabalu yg sgt indah ditatap, pantai yang bersih indah, org2 Sabah yg baik dan ramah dr pelbagai suku kaum dan bangsa.. 

Bermulanya misi untuk memotivasikan anak2 Sabah dalam mengenal erti kehidupan, ditakdirkan Allah utk   bersama anak2 yatim di rumah Putera Harapan Sabah.. Dalam mencari angin hiburan di Sabah, kami belajar tetang erti kesusahan di Rumah Air Sabah.. community service di tanah perkuburan Islam Pulau Manukan.. dan beramah mesra dgn pelajar2 UMS yg ternyata berbeza agama,kaum,bangsa dan dialect nya.. =)


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). al-hujurat : 13






sedikit pengisian utk sama2 kita mentadabbur alam =)










Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. an-nahl: 15











Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. an-nahl :14






Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan, ar-rahman : 25~


mmg benar disini 'cinta' itu berputik =)

1 comment:

zaidrais said...

touchdown. oh, igtkn dh jmpa psgn hidup, tgk tajuk tu mcm.....