Friday, August 27, 2010

tahu v percaya

Bismillhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Wbt...

Salam Ramadhan Kareem =))Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk berada di fasa ke2 bulan Ramadhan...di fasa pengampunan...mudah2an dterima Allah akan taubat atas dosa2 silam...sama ada yg terzahir di hati atau yg tersembunyi dlm tidak menyedari...fuh...puitis lak...ehek ;p

k la..tazkirah Ramadhan dari surau Ruqayyah....beza antara kita tahu dan kita percaya...

point dye sebenarnye mcm ni...

situasi pe1: kita tahu Allah itu ada..tp kita percaya x??
situasi ke2: kita tahu Rasul itu ada..tp kita percaya x??
situasi ke3: kita tahu Kitab itu ada (quran)..tp kita percaya x??
situasi ke4: kita tahu Malaikat itu ada..tp kita percaya x??
situasi ke5: kita tahu tentang hari kiamat...tapi kta percaya x??
situasi ke6: kita tahu tentang qada dan qadar..tapi kita percaya ke x??

sebagai umat Islam yg yakin pada agamanya...kita mesti yakin percaya kpda semua situasi di atas barulah kita dikatakan org yg beriman...klo sekadar tahu tp tidak percaya maknanya ade sumting wrong ngan akidah korg...better check balik...masa kte ngah layan2,jalan2 kt fb nih kt terjumpe pic nih...pic nih adlh contoh bgmana seseorg itu tahu ttpi tidak percaya pada imannya...








terkejut dan sedey baca post diorg nih...asenye dr kcik diorg da diajar utk berpuasa tp bl da dwasa da pndai pk sendiri camni plak yg jadi...rosak akidah...dosa pahala xkira la kann...dlm kt sume umat Islam meraikan kedtgn Ramdhan kemuliaan Ramadhan dimana dlm bulan Ramadhan ni lah telah Allah sediakan ganjaran yg cukup hebat utk kita...tp dianggap oleh mereka2 diatas ni sbgai terpaksa.. Astaghfirullahalazim....sedar xmereka yg apa yg mereka miliki skrg ni sumenye adlh kurniaan Allah...klo lah ditarik balik baru mereka tau kot..mudah2an mrka diberi hidayah oleh Allah...

Alhamdulillah kt yg ada ni masih dberi nikmat Allah dengan Iman dan Islam...tp nikmat yg ade ni bukanlah kekal wat selama2nya...atas kita utk berhati2....mungkin ari ni da 22 thn,23thn,48 thn,65 thn kita merasa nikmat Islam tp spe tau 2,3 min sblm ajal kt mati dlm kufur..nauzubillahminzalik...

p/s : telah Allah sediakan 2 pilihan untuk kita, sama ada untuk ingkar atas suruhannya agar dicampakkan ke dlam api neraka atau mematuhi sgla perintahnya supaya diberi ganjaran syurga Allah...tepuk dada tnya iman..dan kesudahan yg baik adlah utk org yg bertaqwa...

wallahhua'lam...

Friday, August 20, 2010

qu suka berterawih di surau Ruqayyah~

Bismillahirrahmanirrahim....

assalamualaikum wbt..

sedih plak tgk laman bisikan nurani ni...lm da xupdate new entry..tian dye..klo la laman ni sebuah bilik..konpem da penoh ngan sawang2, debu2 setebal 23inci,suram je...tp xsangka maseh ade yg sudi melawat...time kasih xterhingga kpd yg maseh sudi melawat..semoga Allah membalas jasa kalian...

*******************************************************************************

Pengenalan : hostel kt kampus kte ni nm nye ruqayyah dan didalamnya ade sebuah surau..dan kite suke solat kt situ...sb bl solat kt situ mcm solat kt lua negara...sume umat Islam xkira bangsa,warna kulit,rupa sumenye menyembah hanya dia yg satu..Allahu Rabbi...malah pengisian tazkirah cukup memberi vitamin pada hati kte...sb kte manusia ni stsa memerlukan tazkirah...kt dpt dan kt akan kongsi bersama...ktka solat witir bersama dan ktka imam membaca doa qunud doanya amat menyentuh hati dan ktka itu juga terdengar tangisan hamba-hambaNYa memohon ampun pd Allah atas dosa2nya...subhanallah...qu suka berterawih disurau Ruqayyah...


sedar xsedar da 10 hari kte berpuase dan td cukup 11 malam kte berterawih...scra jujurnya xtaw nape pose kali ni rase lain..ade rase kekosongan......adekah kerana ianya wajib maka niat qu hanya wajib sbgai umat Islam...sedangkan niat yg paling utama sepatutnya lillahitaala..andai kte mampu utk capai niat itu insyaAllah akan terasa kemanisannya...diceritakan tentang satu kisah

"diakhirat kelak ada 3 jenis manusia yg akan dihadapkan dihadapan Allah...manusia yg pertama adlah seorg insan yg sgt kaya...dianugerahkan Allah dengan kemewahan dunia...dia seorg yg sgt pemurah,suka bersedekah,membelanjakan harta2nya...namun tetap dicampakkan Allah kedalam neraka jahannam...manusia ke2 pula seorg yg sangat alim..dikurniakan Allah dengan ilmu yg begitu byk...menyebarkan kpda seluruh umat...namun dicampakkan juga kedlam neraka jahannam...dan manusia ke3 adalah seorg yg tidak mempunyai apa2..namun perjuangannya krna Allah..jihad ikhlas kerana Allah..."

Tahukah kalian mengapa manusia yg pertama dan ke2 dicampakkan kedalam neraka jahannam??ini adalah krna dia bersedekah namun sedekahnya kerana inginkan pujian manusia begitu juga manusia ke2...ilmunya hanyalah utk dipuji2...maka segala amalan mereka tidak dikira Allah...maka dicampakkannya kedalam neraka...

MasyaAllah....qu terdiam seketika...sebenarnya ini adlah tazkirah yg disampaikan oleh seorg foreigner di surau Ruqayyah sebentar td diantara 4 rakaat solat terawih dengan 4 lagi solat terawih...pengisian yg cukup mendalam wpun tazkirah xsmpai 10min...

pengajaran yg qu dapat dlm kisah tersebut adlah untuk membuat sesuatu amal itu biarlah niat kerana Allah...xkesahla amalan itu wpun sebanyak mana yg kita wat namun andai dlam hati kita hanya untuk mendapat pujian dunia..maka amalan kita itu hanyalah sia2...

qu tahu..mmg susah utk pasangkan niat kerana Allah...tp sebenarnya ada 3 cara bgmana kita nk mengatasi situasi ini

1) klo boleh kita wat sesuatu pasangkan niat kita..betul2 krna Allah...
2) pasangkan jgk dalam hati kita semoga amalan kita ni diberkati Allah..xdpt pujian dr manusia pun xpe...yg penting dtrima Allah
3) jgn lupa untuk sebut andainya amalan itu bermanfaat sebenarnya semuanya adlah drpda Allah...

insyaAllah..mudah2an terpasang niat kita betul2 ikhlas krna Allah....insyaAllah...

p/s: Ramadhan Kareem~

Thursday, July 22, 2010

isu nuklear : Iran bersendirian...

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum Wbt..

Mantan presiden George W Bush dalam sesi ke2 memegang jawatan Presiden AS dlm ucapannya berkata "kita perlulah mencari sumber2 lain selain drpda minyak utk membangunkan negara"... dan Iran telah menggunakan tenaga nuklear sbgai slah satu sumber alternatif utk pmbangunan..



Tapi dunia menyaksikan bgmana ketidakadilan barat dlm menangani isu ini pabila bekas ketua penasihat dasar luar negeri Kesatuan Eropah, Alastair Crooke berkata ketika Amerika Syarikat mencadangkan agar kawasan Timur Tengah sebagai kawasan yang bebas senjata nuklear .
Negara-negara Barat sebenarnya melarang Iran memiliki senjata tersebut dan telah mengecualikan Israel.Penemuan bukti oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat jelas membuktikan bahawa Israel bukan sahaja memiliki senjata nuklear malah sanggup menawarkan peledak nuklear kepada Afrika Selatan pada tahun 1975, walaupun hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan atas alasan tidak mencukupi biaya.

Lebih menampakkan sikap berat sebelah Amerika Syarikat pabila negara kuasa besar dunia itu sendiri tidak pernah mempersoalkan isu nuklear Israel yg tidak pernah menandatangani pengisytiharan bagi mengurangkan senjata nuklear di bawah Nuclear Non-Proliferation Treaty (pencegahan senjata nuklear (NPT)). Sedangkan Iran merupakan salah sebuah negara yg telah bersetuju utk membangunkan pogram nuklearnya bukan tujuan untuk membangunkan senjata nuklear dibawah Nuclear Non-Proliferation Treaty. Tetapi Amerika Syarikat terus memberi tekanan kepada Iran.

Kita melihat bagaimana sejarah bercerita tentang kebiadapan Israel dgn melanggar Artikel 2 para 4 of United Nation Charter (menggunakan kekerasan keatas negara lain) melalui peperangan dan kekasaran sehingga hari ini sedangkan Iran sebuah negara Islam yg menghormati prinsip2 Islam dimana Islam tidak mengajar umatnya untuk menggunakan kekerasan keatas negara lain...tetapi Amerika terus mencari jalan untuk memastikan Iran dibawa ke Majlis keselamatan bangsa2 bersatu...


Lebih menyedihkan pabila organisasi2 dunia yang hanya gah pada nama tidak mampu berbuat pape dan lebih parah pabila negara2 Islam sendiri menyokong tindakan2 barat bg menjatuhkan Iran... kita sudah lihat bagaimana Liga Arab sendiri gagal membantu Iran malah negara anggota OIC juga tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyakinkan dunia bahawa pembangunan nuklear Iran bukan untuk kegunaan senjata peluru berpandu..Sandaran terbaik Iran untuk meraih sokongan ialah daripada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) memandangkan pertubuhan ini menjaga kepentingan negara sedang membangun.

Tetapi apa yang telah berlaku pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 Februari 2006 lepas jelas menunjukkan kegagalan Liga Arab, OIC dan NAM menjaga kepentingan negara anggota. Apa yang menarik ialah bagaimana anggota Liga Arab, OIC dan NAM membuat keputusan mereka dalam undian IAEA. Seperti yang dijangkakan Syria, Venezuela dan Cuba adalah 3 negara yang menentang usul IAEA yang dibawa oleh AS. Ketiga-tiga negara ini adalah anggota NAM tetapi perlu diingat undi tidak setuju diberi bukan kerana Iran adalah anggota NAM tetapi kerana penggerak utama resolusi ini adalah AS, iaitu seteru utama ketiga-tiga negara tersebut. Manakala Algeria, Indonesia, Libya, Belarus dan Afrika Selatan pula mengambil sikap berkecuali yang mana kelima-lima negara ini juga anggota NAM. Sementara Algeria, Indonesia dan Libya selaian dari menganggotai NAM, juga ahli OIC.

Nampaknya kelapan-lapan negara yang tidak menyokong usul merujuk Iran ke Majlis Keselamatan adalah anggota NAM kesemuanya dan 4 daripadanya pula adalah negara OIC. Statistik yang mempamirkan kepentingan anggota NAM dan OIC telah dipelihara. Tetapi jika diteliti 27 negara lain yang menyokong usul IAEA maka kesimpulan sebaliknya pula akan dibuat. Sembilan anggota NAM dan dua dari OIC telah menyokong untuk mengheret Iran ke Majlis Keselamatan. Statistik yang tidak boleh dibanggakan oleh kedua-dua pertubuhan ini. Anggota OIC yang menyokong usul IAEA ialah Mesir dan Yemen sementara Singapura dan India pula adalah antara 9 negara NAM yang menyokong AS supaya kes Iran dibawa ke Majlis Keselamatan.

Melihat kpda hasil undian ini menyaksikan Iran bersendirian menghadapi isu nuklearnya..wpun Moscow dikatakan menyokong Iran namun Moscow bknlah negara Islam...sdgkan ngra Islam lain masih memnetingkan kepentingan diri dari menyokong saudara seagamanya...dan kini Israel sedang menghasut negara arab agar memusuhi Iran... Presiden Iran Dr Mahmoud Ahmadinejad ttp dgn pendiriannya dan mempertahankan negaranya wpun ditentang hebat kuasa2 besar dunia...


Mungkin Amerika mengharapkan bgmana peristiwa yg terjadi di Iraq dan Afganistan akan berulang semula di Iran..sebuah lagi negara Islam...dan hakikat yg sebenanrnya perang yg direncanakan oleh AS adalah kerana ingin memantapkan lagi sekutunya Israel...sedangkan Israel,India(bukan negara Islam) yg jg membangunkan nuklear tidak pernah diheret ke muka pengadilan..



dan umat Islam kini bukan seperti umat Islam yg dulu...


p/s : qu mengagumi Rasulullah SAW sbgai pemimpin yg sgt agung dan berhemah...qu juga mengagumi para sahabat dalam mempertahankan Islam...qu jg mengagumi sultan muhd al-fateh...qu mengagumi pemimpin2 Islam yg dulu yg sukar qu temui hari ini...qu merindui tertegaknya syiar Islam...krna qu sedih dgn umat Islam hari ini....




team bola sepak Iran antra yg terbaik