Saturday, February 26, 2011

ade satu kisah....

Bismillahirrahmanirrahim…

Agaknya lama jgk x tulis blog…kesibukan dengan komitmen atas amanah yg tlh diberikan….ade ms terluang sekadar renungan tuk perkongsian bersama…sb diri ini ttp jg manusia biasa x lari dr melakukan kesilapan….

Selepas maghrib rutin harian tilawah quran bersama tafsirnya…terdetik hati ingin berkongsi tentang tafsir ayt yg dibaca…..kandungannya …..

**********************************************************************************

Sebagai seorang manusia dan hamba Allah kita sentiasa diuji keimanan kita…dosa stsa mengiringi kita dan slalu saje kita dengar kata2 yg manusia mmg tidak boleh lari dari melakukan dosa….dan selalunya dosa ini timbul dari bisikan syaitan dan dikuatkan lagi dengan nafsu kita…

Sedarkah kita ape yg terkandung disebalik bisikan2 syaitan tersebut..? pernah tak kt dengar sumpah Iblis dihadapan Allah?

Ia iblis berkata “ tuhanku oleh kerana engkau telah memutuskan aku sesat aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka dibumi dan aku akan menyesatkan mereka semua..” Al-Hajr : 39

Nak tau ape iblis cakap selepas dia mengajak kita melakukan dosa??

“Dan syaitan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan, “ sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku(dengan Allah) sejak dahulu. Sungguh org yg zalim akan mendapat siksaan yg pedih..” Ibrahim : 22

Analogi terhadap kes di atas… ade sorg kwn ajak kita rompak bank….kita tertangkap...masa kt dlm court kt defence dr kita..kita ckp..kt ikut kwn sb dia yg ajk kt…tp kwn kt tu ckp, haha..aku pun xdpt tlg ko sape srh ko ikut aku…….

masa tu nyesal pon xgn sb da tertulis dosa yg kt lakukan dan stiap amalan kt tlh dihitung maka hukumannya adelah neraka Allah diakhirat kelak…



nauzubillah….

Ari ni da 23 thn, 45 thn atau 60 thn kita hdp……cukupkah amalan kita utk bekalan kt diakhirat kelak……….

Persoalan yg kerap bermain di hati…..hem~

Ade 2 kisah diceritakan dlm al-Quran yg pertama kisah nabi Adam..bgmana baginda telah melakukan dosa tapi menyedari kesalahannya lantas bertaubat kpda Allah dan ke2 kisah iblis menyedari kesilapannya tapi masih belum mahu bertaubat……golongan manekah kita??

Saturday, December 11, 2010

uih..handsomnyee dan chanteknyeee.....~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualikum Wbt...

Di sebuah pogram motivasi, seorang penceramah bertanya kpda audiensnyaa..." Anda semua yg berada dalam dewan ini, siapa rasa dirinya cantik dan hensem sila angkat tangan" Malangnya tiada siapa pun yang angkat tangan...Kemudian si penceramah mengulang kembali soalan tersebut " siapa2 yg merasakan dirinya cantik sila angkat tangan" . Masih tiada.. Dan penceramah mula berceloteh " Haii...takde sorg pun ke yg cantek dlm dewan yg nesar niii"




Kemudian penceramah bertanya lagi buat kali ketiga.. " Sesiapa yg berada di dlm dewan ini yang merasakan dirinya lawa dan hensem sila....lah angkt tangan"..kemudian adelah 2,3 org yg angkat tangan itu pun malu2 dan takut2 dan antara nak xnak...malah sebenarnya bukan tangan yang diangkat tetapi jari rendah paras dada takut dilihat dek orang... "sungguh kita ni tak tahu diuntung...Siapa kita untuk mengatakan diri kita cantik, hensem atau tidak padehal kita dicipta oleh Allah, yang MAHA bijaksana.. BERANI anda mengatakan diri anda tak cantik, sedangkan anda dicipta oleh Allah??" Dewan senyap sunyi seketika...

Kemudian lagi penceramah bertanya semula... " Siapa2 di sini yang merasakan dirinya masih tak cantik sila angkat tangan..." Masing2 toleh menoleh dan bertykar senyuman, sesetengah tertawa kecil tetapi tiada siapa sanggup mengangkat tangan... " Jadi..kalau begitu apekah ini bermakna anda semua cantik dan hensem?? ya atau tidak???jawab!! "Yaaaaa!!!!!!!!" jawab semua org sambil tertawa dan juga bersemangat. " "Baik soalan saya yg terakhir...siapa2 yg merasakan dirinya cantik dan hensem sila angkat tangan tinggi2...." seluruh tangan riuh dan tangan2 kelihatan menceracak di semua sudut.." Ha barulah betul," katanya..Dewan terus riuh dan gamat sekali dgn tertawa ceria dan juga cakap2 yang tidak jelas butir bicaranya...

"Siapa kita nak mempertikaikan ciptaan Allah?? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan Allah itu tidak cantik?? Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik sedangkan kita dicipta oleh Allah??.."setiap orang adlah cantik..ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham sekarang adalah ukuran manusia..Ukuran Allah berbeza...amat berbeza malah jauh sekali dari ukuran yg kita buat.."

begitulah kita...selalu gagal merangsang diri sendiri dengan keyakinan2 yang padu, padehal hidup itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut iaitu hati,perasaan,emosi, kemahuan.kehendak,cita2,azam,usaha,pemikiran dan segala macamnya lagi...

Bagaimana hidup ini hendak dijalani dgn penuh tertib dan adil jika kita merasakan tuhan tidak adil pada kita..Allah menciptakan kita dengan pelbagai rupa sbgai bukti kekuasaanNYa dan selagi namanya ciptaan Allah tiada suatu pun yang buruk....Kita semua cantik, lawa, macho, handsome, menarik, unik, mengancam dan segala2nya..Bagaimanapun keadaan anda, anda adlah cantik dan hensem...dan ianya akan bertambah lagi sekiranya ia disulami akhlak, peribadi dan pegangan agama yang kukuh...

Setiap kali melihat cermin tanyalah diri..apekah Allah sayang padaku?? Jika anda boleh menjawab spontan tanpa teragak2 atau berfikir sejenak anda seorg yang baik..tetapi sebaliknya jika anda tidak dapat menjawab atau mereka2 jawapan anda mungkin masuk dikalangan org yg tak berapa baik...

Yakinilah diri anda cantik luar dan dalam..cantik luar dan dalam bermakna anda baik...jika nada baik anda tentu disenangi oleh semua org termasuk Allah yang menciptakan...ubah pemikiran anda dan sekiranya berjaya...TAHNIAH anda mmg cantik.... ^^

p/s :
Sesungguhnya pd kbaikan itu ada cahaya pd wajah, sinar pd hati, kelapangan pd rezeki & kekuatan pd badan serta kecintaan di hati ramai org terhadap dirinya..

Monday, November 22, 2010

wahai gadis solehah...~

Wahai gadis solehah......


Dari jauh ku melihat gerak gerimu

Tunduk memandang bumi

Terselindung disebalik hijabmu

Wajah yang penuh nur

Yang sentiasa mengingati mati

Yang mencintai Allah dan Rasul

Yang takut azab Allah

Kau ibarat permata berharga

Digilap, dibalut dan disimpan rapi

Wahai gadis solehah

Jauh disudut hatiku

Aku bangga dengan imanmu

Taqwamamu, Akhlaqmu dan Amalanmu

Jua perjuanganmu menegakkan

Kesucian Syariat yang telah ditetapkan Allah

Wahai gadis solehah

Kau pertahankan hijabmu

Walaupun dunia memandang hina

Tetapi Allah melihatmu dengan penuh bangga

Akhlaqmu dipelihara, Maruahmu rapi dijaga

Tutur katamu melambangkan sifat keiibuan yang sejati

Pabila bertemu dengan bukan muhrimmu

Kau tunduk memandangmu

Mengingatkanku....

Akan serikandi2 Islam yang mahsyur.....