Friday, October 21, 2011

Alhamdulillah peluang itu masih ada


Assalamualaikum Wbt..


Lama sangat kan saya tak tulis blog.. terbukti yg saya bukanlah penulis blog yg tegar..huhu Alhamdulillah ada sedikit kesempatan dan mulalah hati ini cenderung utk berkongsi sedikit pengisian..



Cerita dia mcm ni.. skrg sy mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.. tapi xde la besar sangat.. Cuma saya buat perniagaan sewa broadband


Mulanya terpikir nak buat sewa broadband ni sebab di hostel yg saya duduki skrng ni xdpt wireless... tambah2 lagi internet merupakan satu keperluan bg pelajar-pelajar universiti.. pada peringkat awal permulaaan Alhamdulillah perkembangan bisnes amat meberangsangkan... hampir setiap hari sy dpt customer.. even roomate sendiri pun menyewa..

Tp sampai satu tahap apabila ramai yg membuat complaint pada pihak universiti tentang kedudukan wireless kat hostel kitaorg ni, tindakan diambil dan Alhamdulillah ktorg dpt menikmati wireless dibilik sendiri... berita baik ini ade sedikit mengganggu bisnes broadband saya.. yela mcm mn bisnes broadband nk survive if wireless mmg dpt kn?? tapi....

Alhamdulillah peluang itu masih ada.. sy masih dikunjungi penduduk2 hostel utk menyewa brdbnd.. =) betapa Allah itu Maha pemurah... nak taw ape rahsia??

Solat Dhuha yg sy kerap lakukan lately ni ... sy nk kongsi sedikit sebanyak tntg solat Dhuha

WAKTU : Selepas waktu israq iaitu ketika matahari sedang naik sehingga tegak dan tergelincir matahari (masuk waktu zohor)

RAKAAT: 2 Rakaat atau 4 rakaat atau 6 rakaat sehingga 12 rakaat

LAFAZ NIAT: Usolli sunna tad-dhuha ra’ataini lillahi ta’ala (sori sb xde tulisan arabic).. sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

Doa selepas solat :

‘ Ya Allah bahawasanya dhuha adalah dhuhaMu dan indah adalah indahMu dan cantik adalah cantikMu dan kekuatan adalah kekuatanMu dan keampunan adalah keampunanMu dan perlindungan adalah perlindunganMu. Ya Allah apabila rezekiku di langit turunkanlah, dan apabila dalam tanah keluarkanlah dan apabila sulit mudahkanlah dan apabila haram halalkanlah dan apabila jauh dekatkanlah dengan kekuasaanMu dalam dhuhaMu dan keindahanMu dan cantikMu dan kekuatanMu dan keampunanMu berilah kami seperti apa yang engkau berikan pada hamba-hambaMu yg soleh itu’


p/s : rezeki juga boleh datang dalam bentuk jodoh kn??? =))

2 comments:

farhana said...

Dah lama sgt tak buat solat dhuha....
Alhamdulillah dengan artikel ni, insyaAllah akan mulakan balik...

Rezeki Allah sgt luas, bermacam2 bentuk yang kita sendiri tak akan sangka =)

Selamat maj jaya dengan business broadband ya.

aNnisha said...

thanx yunk... 4 being loyal to this blog... ur loyalty is really much appreciated...~!!

mari2 wat dhuha... mudah2an murah rezki kt.. amiinnn =))