Friday, December 25, 2009

warkah buat hawa~

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…


Wednesday, December 16, 2009

sesuatu yg pasti~

Br je tulis wall post ttg seorg engineer yg meninggal slps 4 jam bernikah kt fb…pg soknya dikejutkan pula ngan pemergian slh seorg kwn skola dlu…sgt tekejut..br je lg add fb dia….tp ternyata Allah lbh sygkan dia…bl teringatkan arwah, arwah mmg seorg yg epi go lucky sgt lawak….msih ingt lg waktu prep mlm kt 5 rushd arwah tercari2 ubt skit perut…disebutnya ‘ chiketeon ‘ dlm loghat jawa.. klaka bunyinye… hee..ingtkan bl add mebe2 kt fb dpt berhubung blk ngan sume kwn2 lm dgn hrpan one day dpt reunite smula…tp xsgka arwah dh pergi dulu…wpun xrpt ngan arwah dn mungkin dh xingt kot tp xtaw nape rse sebak je bl dpt taw arwah dh xde….wat yg bc post ni hrp dpt sedekahkan al-fatihah wat sahabat sy, norman bin masdar…

**********************************************************

Bl bercakap ttg kematian ia adalah sesuatu yg pasti dan dan suda tertulis dlm perjalanan setiap makhluk yg bernyawa….cm yg menakutkan semua, ia teramatla rahsia...bl,bgmana semuanya hanya DIA yg tahu…Cuma persoalannya, dlm menghadapi sesutau yg teramat rahsia ini adakah kt suda bersedia utk bertemu ngan DIA…adkh cukup amalan kita utk membantu kt berhujah dlm mahkamah ALLAH kelak??andai esok suda tiada lagi buat kita, adakah amalan semalam dpt menyelamatkan kte???

Sgt ssh utk berkata2…dosa2 yg xdpt terhitung pasti ada balasannya….dan setiap balasan itu diadakan dalam neraka ALLAH dn tiada siapa yg tahu bgmana keadaan disana …bayangkan 1 hari dineraka seumpama beribu2 tahun lamanya didunia….dan bahangnya api neraka adalah beribu2 kali bahangnya api didunia….masyaALLAH…~

Byk peringatan telah ALLAH berikan pada manusia…tetapi manusia stsa dgn fitrahnya…stsa leka dan alpa…wat mrka khdpn dunia lbh bererti dr khdpn akhirah….keseronokan dunia tlh mengaburi mata dan hati manusia…wpun yg masih alpa itu kbyknnya adalah org2 islam.….

*********************************************************

Namun disebalik kesembongan manusia, ALLAH masih mengasihi hamba2nya..yg mana bila seseorg itu sudah kembali bertemu denganNYA, 3 perkara yg akan dpt membantunya di akhirat kelak selain dr amal ibadahnya 1) ilmu yang bermanfaat 2) sedekah yang jariah 3) doa dr anak yg soleh…..subhanallah~maha suci ALLAH…hnya padaNYA kte kembali….

p/s : andai esok sudah tiada untukku..ku susun 10 jari memohon ribuan kemaafan…halalkan pe yg terlebih….padamkan apa yg terguris..ikhlas dr hati insan yg stsa memerlukan bimbingan dan stsa melakukan kesilapan….wallahu’alam